Friday, January 22, 2010

GOLONGAN ORG-ORG YANG MENGHINA AL-QURAN

Alhamdulillah hari kita umat islam di Masjid Tg Malim telah didengarkan dengan kuthbah yang bertajuk Al-Quran dengan penuh keimanan dan dapat mempertikatkan taqwa kepada Allah s.w.t dan mencintai Rasulluah s.a.w dengan penuh ikhlas , disini marilah kita semua merenung kembali akan mukjizat Al Quran terbesar Nabi s.a.w , ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Persoalan disini adakah kita telah berjaya dalam mempertabatkan Al Quran dalam kehidupan seharian kita.....Kita cukup seronok mengatakan golongan itu menghina Al-Quran golongan ini menghina Al-Quran tanpa kita sedari mungkin kita juga telah menghina Al-Quran.

Golongan yang menghina al-QuranMenurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:

1. Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2. Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian

kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.Ramai sesetengah kita ( Bukan semua ) atau umat Islam hari ini tidak sedar akan perkara ini. Kita menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.

Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa. Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.
Ketahuilah bahawa, sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya, rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan. Tetapi hakikatnya padahari ini, semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umum.

*Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. *(Al-‘alaq:1-5)